Kuala Lumpur: Legenda boling negara yang juga Olahragawati Negara 1979, Shirley Chow meninggal dunia di Ipoh, semalam pada usia 76 tahun selepas mengalami masalah kesihatan.
legenda boling negara yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia itu menerusi kenyataan di media sosial, menyifatkannya sebagai kehilangan besar buat komuniti sukan berkenaan.
"Dedikasi, semangat dan komitmen beliau terhadap boling akan sentiasa dikenang warga boling Malaysia serta mereka yang pernah disentuh sepanjang perjalanan kariernya dalam sukan ini," menurut MTBC.
Antara pencapaian terbesar Shirley ialah membantu negara meraih pingat emas acara trio wanita pada Sukan Asia Hiroshima 1994 bersama Lydia Kwah dan Datuk Shalin Zulkifli.









