LOS ANGELES - Patrick Stewart, pelakon British yang terkenal dengan pementasan karya Shakespeare sebelum menempa nama sebagai bintang besar Hollywood menerusi francais filem Star Trek dan X-Men, meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles pada usia 86 tahun.Menurut kenyataan rasmi dimuat naik di media sosialnya, Patrick meninggal dunia disebabkan penyakit Alzheimer dan 'Lewy Body Dementia'."Suara beliau yang lantang dengan bakat luar biasa akan terus dikenang menerusi persembahan lakonan yang meninggalkan kesan mendalam dalam pelbagai genre," menurut kenyataan itu pada Jumaat.Pelakon yang berasal dari Yorkshire, utara England itu pernah beraksi di pentas teater Britain bersama Royal Shakespeare Company dan National Theatre di London, selain membintangi beberapa produksi televisyen British.Bagaimanapun, namanya melonjak ke persada budaya popular dunia menerusi watak Kapten Jean-Luc Picard dalam siri Star Trek: The Next Generation serta Profesor Charles Xavier dalam beberapa filem X-Men dan filem berkaitan Marvel.Beliau meneroka sisi kemanusiaan dalam segala kerumitan puitisnya dan membawa harapan bukan sahaja ke pelosok Marvel Cinematic Universe, malah ke sempadan terakhir paling ikonik dalam dunia fiksyen sains menerusi kapal angkasa Enterprise.Kapal angkasa EnterpriseStewart berusia 47 tahun ketika dipilih membawa watak Picard dalam Star Trek: The Next Generation, siri televisyen aksi langsung pertama yang dihasilkan daripada francais fiksyen sains perintis pada penghujung 1960.Beliau secara tidak langsung mengambil alih peranan yang sebelum ini sinonim dengan Kapten Kirk lakonan William Shatner dalam siri asal, sekali gus menjadikan watak itu sebagai laluan Stewart menuju kemasyhuran dan kekayaan.Watak Picard terkenal dengan beberapa ungkapan ikonik, termasuk 'Make it so!'Malah, memoir Stewart yang diterbitkan pada 2023 turut menggunakan tajuk Making It So.Bagaimanapun, penghijrahannya ke Amerika Syarikat pada 1987 awalnya disambut dengan pandangan sinis oleh akhbar Los Angeles Times yang menyifatkannya sebagai 'pelakon Shakespeare dari Britain yang tidak dikenali'.Stewart kemudian mengakui beliau tersinggung dengan tanggapan bahawa dirinya seolah-olah merendahkan martabat kerjaya apabila beralih ke dunia televisyen Amerika Syarikat.Beliau pernah menyifatkan latar belakangnya dalam pementasan Shakespeare sebagai 'tidak lebih daripada persediaan untuk duduk di kerusi kapten Enterprise'.Karisma dan kedalaman watakStewart sekali lagi meraih pujian menerusi penampilannya di layar perak dalam beberapa filem siri X-Men, dengan kemunculan pertama pada 2000 sebagai Profesor Charles Xavier iaitu pengasas dan mentor kepada kumpulan adiwira mutan itu.Marvel Studios berkata, selama lebih 25 tahun, Patrick membawa karisma dan kedalaman luar biasa kepada watak itu, sekali gus meraih peminat di seluruh dunia serta membantu mengubah penceritaan adiwira buat selama-lamanya.Rakan pelakonnya yang sekian lama membintangi filem bersamanya, Hugh Jackman yang memba