Istanbul: Pelakon Britain Patrick Stewart yang terkenal menerusi watak Kapten Jean-Luc Picard dalam siri Star Trek: The Next Generation meninggal dunia, Rabu lalu di kediamannya di Los Angeles pada usia 86 tahun.

"Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian Sir Patrick Stewart semalam (kelmarin) di kediamannya di Los Angeles, ketika berada dalam jagaan penuh kasih sayang isterinya Sunny, selepas bertarung dengan penyakit Alzheimer dan Lewy Body Dementia," kata jurucakapnya, Kelly Bush Novak dalam kenyataan di Instagram pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Stewart dilahirkan pada 13 Julai 1940 di Mirfield, West Yorkshire, England.

Beliau mengharungi zaman kanak-kanak yang sukar sebelum menempa nama sebagai pelakon teater Shakespeare yang disegani dan meraih kemasyhuran antarabangsa, lapor The New York Times.