KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 0.66 mata atau 0.04 peratus kepada 1,610.50 daripada 1,611.16 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.70 mata kepada 1,611.86.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 265 berbanding 107 manakala 265 kaunter tidak berubah, 2,143 kekal tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.