GENEVA: Saintis iklim terkemuka dunia akan mengadakan semula mesyuarat pada awal Disember, selepas negara anggota gagal mencapai persetujuan mengenai tarikh penerbitan penemuan penting terbaharu berkaitan pemanasan global.

Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), adalah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu pihak berkuasa utama dunia dalam bidang sains iklim.

IPCC menggantung rundingan terbaharunya pada 16 Oktober lalu selepas berlangsung perbincangan sengit selama seminggu di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia.

Dalam satu kenyataan ringkas, panel itu memaklumkan mesyuarat akan disambung semula dari 1 hingga 3 Disember ini dan akan diadakan secara maya.