CRISTIANO Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara penjaring prolifik dunia apabila meledak hatrik untuk membantu Al-Nassr menewaskan Al-Kholood 5-3 dalam aksi Liga Pro Saudi.Bintang Portugal itu mempamerkan ketajaman luar biasa apabila meledak tiga gol pada babak kedua masing-masing pada minit ke-66, 72 dan 81 dalam perlawanan yang berlangsung di Alawwal Park.Lebih menarik, hatrik tersebut menyaksikan koleksi jaringan sepanjang karier profesional Ronaldo kini meningkat kepada 985 gol sekali gus semakin menghampiri sasaran peribadinya untuk mencatat 1,000 gol.Ronaldo sebelum ini pernah menyuarakan impian tersebut dalam temu bual bersama bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Rio Ferdinand pada 2024 dengan menegaskan sasaran berkenaan menjadi antara pencapaian terbesar yang mahu direalisasikannya dalam dunia bola sepak."Jika saya tidak mengalami kecederaan, saya mahu mencapai 1,000 gol. Bagi saya, pencapaian terbaik dalam bola sepak adalah mencapai 900 gol terlebih dahulu sebelum menjadikan 1,000 gol sebagai cabaran seterusnya," katanya.Ketika temu bual itu berlangsung, Ronaldo sudah mengumpul 899 gol dan kini terus membuktikan keupayaannya untuk kekal kompetitif meskipun sudah memasuki usia 41 tahun.Sekiranya berjaya mencapai angka keramat itu, Ronaldo berpotensi menjadi pemain pertama mencatat 1,000 jaringan dalam perlawanan rasmi peringkat senior.
Hanya 15 gol lagi untuk Ronaldo cipta sejarah

Key takeaways
Ronaldo mencetak hatrik dalam perlawanan Al-Nassr menewaskan Al-Kholood, meningkatkan jumlah golnya kepada 985 dan menghampiri sasaran 1,000 gol.
- Ronaldo mencipta hatrik dalam perlawanan Liga Pro Saudi.
- Koleksi gol Ronaldo kini 985 dan hampiri sasaran 1,000 gol.
- Jika berjaya, dia akan jadi pemain pertama mencatat 1,000 gol dalam perlawanan rasmi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Se Young cipta sejarah 47 gelaran
- Berita Harian Ziyad kecewa gagal cipta sejarah
- Berita Harian Dakar bersedia cipta sejarah Olimpik di Afrika
- Sinar Harian Hanya 15 gol lagi untuk Ronaldo cipta sejarah (this story)








