KUALA TERENGGANU - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kini memasuki dimensi baharu apabila kedua-dua gabungan memeterai perjanjian persefahaman politik pada Rabu lalu.Penganalisis politik, Dr Azrie Azeh berkata, pada peringkat awal, agihan sebanyak 21 kerusi ditetapkan kepada BN dan tujuh kepada PN sebelum rundingan akhir pada 29 Oktober menyaksikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir diserahkan kepada MCA.Katanya, perkembangan itu mengubah pembahagian akhir kepada 22 kerusi bagi BN dan enam bagi PN, sekali gus memperlihatkan bahawa kerjasama politik bukanlah suatu persetujuan yang statik, sebaliknya proses tawar-menawar yang sentiasa dipengaruhi kepentingan parti, kedudukan calon serta pertimbangan kebolehmenangan dalam kawasan yang mempunyai komposisi pengundi tersendiri."Dari perspektif realisme politik, kesediaan UMNO dan Pas menyelaraskan strategi pilihan raya menunjukkan bahawa kepentingan elektoral boleh mengatasi persaingan sejarah, namun kesepakatan untuk menghadapi musuh politik yang sama tidak semestinya membuktikan keserasian ideologi atau menjamin kestabilan hubungan selepas pilihan raya."Keputusan memberikan kerusi Bandar Hilir kepada MCA, yang turut bertanding di Machap Jaya dan Kelebang, memperlihatkan kepentingan rundingan dalam menentukan kedudukan parti komponen, khususnya apabila BN perlu mengimbangi tuntutan rakan strategik dengan keperluan mengekalkan representasi politik masyarakat berbilang kaum," katanya kepada Sinar Harian, di sini pada Ahad.Beliau berkata, dari sudut pengurusan gabungan, penyesuaian daripada tujuh kepada enam kerusi bagi PN menimbulkan persoalan tentang pengagihan kos dan manfaat dalam kerjasama tersebut, kerana persefahaman yang berkekalan memerlukan setiap pihak melihat kompromi sebagai keputusan strategik yang munasabah dan bukannya pengorbanan sebelah pihak demi kepentingan rakan yang lebih dominan."Berdasarkan teori pilihan rasional, penyelarasan calon berpotensi mengurangkan perpecahan undi dan meningkatkan kecekapan kempen, tetapi kelebihan tersebut hanya akan menghasilkan pulangan politik sekiranya penyokong menerima calon rakan kerjasama serta percaya bahawa persefahaman itu membawa manfaat yang lebih besar daripada persaingan berasingan."Bagi Pakatan Harapan (PH), kerjasama BN-PN meningkatkan tekanan persaingan dan menuntut strategi yang lebih meyakinkan, namun penyatuan lawan tidak secara automatik menentukan keputusan pilihan raya kerana pengundi turut menilai prestasi pentadbiran, integriti calon, keadaan ekonomi dan keupayaan parti menangani persoalan yang menyentuh kehidupan seharian mereka," katanya.Sementara itu, beliau berkata, dalam konteks nasional, Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan atau Confidence and Supply Agreement (CSA) yang dimeterai antara kerajaan Madani dengan 13 ahli Parlimen pada 29 Oktober perlu dibaca sebagai perkembangan berasingan daripada persefahaman BN-PN di Me
Kerjasama 'hijau-biru', strategi menuju Putrajaya atau perangkap kuasa - Penganalisis

Key takeaways
BN dan PN memeterai perjanjian persefahaman politik untuk PRN Melaka, dengan pembahagian kerusi berubah selepas rundingan.
- BN mendapat 22 kerusi manakala PN mendapat 6 kerusi selepas perubahan.
- Pembahagian kerusi dipengaruhi oleh kepentingan parti dan kebolehmenangan calon.
- Kerjasama ini tidak menjamin keserasian ideologi atau kestabilan hubungan selepas pilihan raya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kerjasama 'hijau-biru', strategi menuju Putrajaya atau perangkap kuasa - Penganalisis (this story)








