KOTA BHARU - Kerajaan dijangka memperoleh keputusan kajian berhubung tuntutan pampasan pesawah yang didakwa mengalami kerugian akibat kelewatan bekalan baja pada hujung November ini sebelum cadangan berkaitan dibawa kepada Kabinet untuk pertimbangan.Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Luqman Ahmad berkata, kajian itu masih dijalankan berdasarkan data sebenar di lapangan bagi memastikan sebarang keputusan dibuat berasaskan bukti, bukan andaian.Menurutnya, setakat ini perbandingan awal hasil pemotongan padi bagi musim pertama 2026 berbanding musim sama tahun lalu menunjukkan peningkatan secara purata.Bagaimanapun beliau menegaskan, dapatan itu belum muktamad kerana musim menuai masih berlangsung termasuk di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)."Setakat ini berdasarkan kajian kita belum nampak berlaku pengurangan hasil secara purata. Namun selepas semua data diperoleh, kita akan meneliti secara terperinci kawasan mana yang terjejas sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan."Insya-ALLAH hujung November ini kajian akan selesai," katanya semasa sidang akhbar ketika mengadakan lawatan ke Kilang Padi Darul Naim Sdn Bhd Mukim Tasek Berangan di sini pada Rabu.Menurut Luqman, sekiranya kerugian pesawah dapat dibuktikan, kerajaan akan meneliti kaedah pampasan bersesuaian termasuk mengenal pasti penerima layak, jumlah kerugian serta kadar bayaran yang wajar.Ujarnya, hasil kajian itu perlu dibentangkan kepada pihak atasan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan selain memerlukan proses mendapatkan peruntukan."Setiap peruntukan disediakan kerajaan adalah duit rakyat. Sebab itu kita perlu pastikan siapa patut dibayar, berapa jumlahnya dan berdasarkan fakta apa keputusan itu dibuat," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Luqman memberitahu pesawah yang memerlukan modal untuk memulakan penanaman padi boleh memanfaatkan skim Agro Padi-i Salam yang ditawarkan Agrobank.Jelas beliau, sebanyak RM70 juta pinjaman sudah disalurkan menerusi skim itu pada tahun ini, sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 7,500 pesawah.Katanya lagi, kemudahan tersebut menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 tanpa cagaran, dengan pembayaran dibuat dalam tempoh enam bulan selepas tuaian.Menurutnya, kemudahan itu boleh menjadi alternatif kepada pesawah yang terpaksa mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga sekiranya berdepan syarat pembayaran atau kadar keuntungan membebankan.Pemotongan padiMenyentuh dakwaan pesawah dianiaya melalui pemotongan padi sehingga 50 hingga 60 peratus, ujar beliau, penilaian kualiti padi perlu difahami berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan piawaian penggredan ditetapkan.Katanya, penggredan dilaksanakan oleh pembeli padi atau kilang padi komersial berlesen berpandukan Piawaian Spesifikasi dan Penggredan Padi MS 54:2017.Beliau menjelaskan, beberapa faktor mempengaruhi kadar pemotongan, termasuk kandungan air tinggi, padi rosak, padi muda atau tidak matang serta kehadiran
Kajian pampasan pesawah dijangka selesai November

Key takeaways
Kajian pampasan pesawah dijangka siap pada hujung November, berdasarkan data sebenar di lapangan.
- Kerajaan sedang lakukan kajian berkenaan tuntutan pampasan pesawah yang alami kerugian.
- Pengeluaran baja lewat didakwa menyebabkan kerugian kepada pesawah.
- Kajian akan siap sebelum cadangan dibawa kepada Kabinet untuk pertimbangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Segera agih pampasan pesawah terkesan baja lewat
- Free Malaysia Today SIC bentang kajian kebolehlaksanaan kembalikan F1 November ini
- Sinar Harian Kajian pampasan pesawah dijangka selesai November (this story)








