MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan calon supaya hadir lebih awal ke pusat penamaan calon esok bagi mengelakkan masalah dokumentasi yang boleh menjejaskan hasrat mereka bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata langkah itu dapat memberi ruang kepada pihaknya menyemak dokumen pencalonan secara terperinci sebelum proses penyerahan borang bermula.

Beliau berkata, semua bakal calon perlu memastikan dokumen masing-masing lengkap dan memenuhi syarat ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari penamaan calon.

"Setakat malam tadi, 45 bakal calon sudah menjelaskan bayaran deposit daripada 189 borang penamaan calon dibeli.