Ketiadaan MIPP di majlis pengumuman calon mencerminkan pendirian parti, kata sumber.PETALING JAYA: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) tidak hadir ke majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) malam tadi, selepas gagal mencapai kesepakatan dengan PN berhubung agihan kerusi PRN Melaka.

Sumber MIPP berkata ketiadaan mereka mencerminkan pendirian parti. "Kami tidak dapat meraikan aturan yang kita tidak sepakati," katanya kepada FMT.

Setiausaha Agung N Sathes Kumar mengesahkan kepada FMT bahawa MIPP tidak akan menghadiri pengumuman berkenaan.

Awal hari ini, Presiden P Punithan memberitahu FMT bahawa MIPP tidak akan menyertai PRN Melaka selepas gagal mencapai persetujuan dengan kepimpinan PN.