PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kontroversi pertambahan masa dalam aksi Piala ASEAN FIFA 2026 melibatkan Indonesia dan Bangladesh pada 1 Oktober lalu.Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, badan induk bola sepak negara itu bagaimanapun tidak berdiam diri dan akan mendapatkan jawapan susulan berhubung perkara itu dengan FIFA."Kita ada hantar bantahan tapi maklum balas sampai sekarang kita tak dapat lagi."Namun, kita akan mendapatkan jawapan susulan dengan FIFA berhubung perkara ini," katanya.Kontroversi itu tercetus apabila tempoh masa tambahan yang pada awalnya ditunjukkan selama dua minit berubah kepada tujuh minit ketika perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.Lebih menimbulkan persoalan apabila pembantu pengadil pada awalnya mengangkat papan tanda menunjukkan dua minit masa tambahan selain paparan siaran televisyen turut memaparkan tempoh yang sama.Bagaimanapun, situasi berubah selepas Bangladesh menjaringkan gol kedua apabila tempoh masa tambahan yang dipaparkan bertukar kepada tujuh minit sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai keputusan berkenaan.Dalam tempoh tambahan itu, Indonesia berjaya meledak dua gol menerusi Kevin Diks pada minit ke-96 sebelum Mitchell Baker melengkapkan hatriknya seminit kemudian untuk membantu skuad Garuda mencatat kemenangan besar 9-2.Keputusan itu menyaksikan Indonesia mengesahkan kemaraan ke final berdasarkan kelebihan jumlah jaringan keseluruhan, sekali gus menafikan peluang Malaysia untuk beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan berkenaan.
Tambahan masa 2 minit bertukar 7 minit: FIFA masih membisu

Key takeaways
FAM masih belum menerima jawapan daripada FIFA mengenai kontroversi masa tambahan dalam perlawanan Piala ASEAN FIFA 2026.
- FAM menghantar bantahan tetapi belum menerima maklum balas daripada FIFA.
- Masa tambahan awal ditunjukkan dua minit tetapi bertukar kepada tujuh minit semasa perlawanan.
- Indonesia menang 9-2 dalam perlawanan tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian FAM masih dalam perhatian FIFA?
- Sinar Harian Tambahan masa 2 minit bertukar 7 minit: FIFA masih membisu (this story)








