KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun ke-12 Cuckoo Malaysia meriah apabila hampir 15,000 pengunjung membanjiri Stadium M erdeka di ibu sini, bagi menyaksikan Konsert Cuckootopia Penghargaan Ulang Tahun Ke-12, baru-baru ini.
Konsert yang meneruskan kemeriahan Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 itu dihoskan oleh Fiza Frizzy, Kamal Adli dan Owen Yap, dengan barisan artis tempatan serta bakat muda yang menghangatkan pentas menerusi persembahan muzik dan tarian.
Segmen prakonsert yang bermula seawal jam 6 petang dibuka dengan persembahan 50 penari yang mencerminkan peranan Cuckoo Malaysia sebagai rakan strategik rasmi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Persembahan diteruskan dengan nyanyian Emily Chua, salah seorang ketua pasukan program Youthopia di 8TV, menerusi lagu Beautiful Mess.








