TEHRAN: Sekurang-kurangnya empat kapal tangki dilaporkan terbakar selepas terkena periuk api ketika cuba melalui Selat Hormuz, menurut angkatan tentera Iran.

Kemalangan itu berlaku sehari selepas tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya membersihkan laluan utama di perairan itu.

"Dalam tempoh 24 jam lalu, tiga kapal tangki minyak yang melanggar peraturan meletup dan terbakar selepas terkena periuk api ketika cuba melalui laluan selatan yang tidak dibenarkan di Selat Hormuz," menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Kenyataan itu menyebut kapal berkenaan 'mematikan semua sistem radar dan navigasi' serta tidak mengendahkan amaran daripada tentera laut IRGC.