FOXBOROUGH, Amerika Syarikat: Lionel Messi membantu Inter Miami melonjak ke tangga kedua Konferens Timur Major League Soccer (MLS) selepas mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas New England Revolution, hari ini.

Jaringan kapten Argentina itu pada minit ke-83 melengkapkan kebangkitan Miami yang sebelum itu ketinggalan, sekali gus membolehkan pasukan berkenaan mengutip tiga mata penting dalam perebutan kelebihan beraksi di laman sendiri pada saingan playoff.

Messi terlebih dahulu mencipta bantuan jaringan menggunakan tandukan belakang kepala yang luar biasa untuk German Berterame pada minit ke-69, sebelum meledak gol kemenangan menerusi gerakan individu yang memperdaya tiga pemain pertahanan lawan.