KUALA LUMPUR: Harga emas tempatan dijangka kekal stabil atau meningkat sedikit berbanding paras semasa sehingga hujung tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan perubahan struktur ekonomi global, kata seorang ahli akademik.
Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, pasaran dijangka akan mendapat petunjuk lebih jelas mengenai harga logam berharga itu selepas penghujung 2026.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Fokus 15 terbitan Bernama TV bertajuk 'Harga Emas Turun: Peluang atau Risiko?.
Pada Jumaat lalu, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).








