KUALA LUMPUR: Siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) dibenarkan mengikuti kuliah secara dalam talian menerusi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid selama empat hari sempena Deepavali.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata kemudahan itu disediakan bagi membolehkan siswa guru yang berjauhan daripada keluarga menyambut perayaan berkenaan tanpa mengabaikan komitmen pengajian.
Katanya, pelaksanaan PdP secara hibrid itu ditetapkan pada 9 hingga 12 November bagi Kumpulan A, manakala 10 hingga 13 November bagi Kumpulan B.
"Anak-anak yang belajar jauh dari rumah tentu mahu pulang menyambut Deepavali bersama keluarga.









