PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan kemudahan kuliah secara hibrid selama empat hari bagi membolehkan siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) pulang menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kemudahan tersebut dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 November bagi IPG di negeri Kumpulan A, manakala bagi IPG di negeri Kumpulan B bermula pada 10 hingga 13 November.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil kerana memahami hasrat para pelatih yang menuntut ilmu jauh dari kampung halaman dan mahu meluangkan masa meraikan hari kebesaran berkenaan bersama keluarga tersayang.</p