Petaling Jaya: Polis berjaya menahan lelaki warga asing, Jumaat lalu, dipercayai suspek utama kes simbahan asid terhadap kekasihnya di sekitar PJS 4, di sini, pada 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek kini direman lima hari sehingga 4 November hadapan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek berusia 30-an turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Mangsa wanita yang melecur disimbah asid itu berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.