Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mengganggu pengunjung pusat beli belahdi sini, semalam.

Tindakan itu dilakukan selepas pihak polis menerima tiga laporan polis berhubung kejadian wanita terbabit menolak dan memukul pengunjung di pusat beli-belah itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya menerima laporan pertama dibuat pengurus bangunan pusat beli-belah itu, 7.59 malam semalam.

Beliau berkata, laporan itu membabitkan tiga kejadian gangguan dipercayai dilakukan seorang wanita warga tempatan terhadap pengunjung dan pelanggan di premis berkenaan.