ALOR GAJAH: Pertumbuhan ekonomi Melaka berkembang dengan baik apabila mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencecah RM50.3 bilion pada 2025, dengan sektor pembuatan menyumbang 35.4 peratus kepada ekonomi negeri.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, sektor pembuatan menjadi antara pemacu utama ekonomi negeri, sekali gus membuka peluang kepada syarikat memperkukuh keupayaan pembuatan dan mengembangkan operasi.
"Melaka mempunyai kawasan perindustrian yang mantap, infrastruktur moden, ketersambungan, tenaga kerja mahir dan rangkaian pembekal tempatan yang semakin berkembang.
"Ini memberikan keyakinan kepada pengeluar untuk melabur, berinovasi dan berkembang di Melaka," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pengeluaran GWM Wey G9 HEV dan EC15S HEV Pemasangan Tempatan di EP Manufacturing Berhad (EPMB) di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F09%2F141aa7c01372a972e3ae8fcd980c28ef.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)