"Kehadiran kelip-kelip boleh menjadi petunjuk kepada keadaan persekitaran. Jika kita masih dapat menemukannya, itu petanda baik bahawa hutan Bukit Kiara masih sihat dan mampu menyokong kehidupan," jelas penyelaras program jejak malam kelip-kelip di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Harleen Rai Kaur.
Program yang berlangsung baru-baru ini, membawa sekumpulan warga kota menyusuri denai hutan untuk menjejaki serangga bercahaya berkenaan, selain mengenali hidupan kecil lain yang memainkan peranan penting dalam ekosistem hutan bandar.
Daripada sebuah ladang getah seluas kira-kira 607 hektar pada zaman penjajahan British, Taman Persekutuan Bukit Kiara kini hanya mempunyai kira-kira 162 hektar kawasan hutan yang menjadi habitat pelbagai hidupan termasuk sembilan spesies kelip-kelip direkodkan setakat ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F09%2F141aa7c01372a972e3ae8fcd980c28ef.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)