LOS ANGELES: Pengarah filem terkenal Hollywood, Michael Mann, cedera ringan selepas senjata api yang dibawanya secara tidak sengaja meletup ketika berada di lapang sasar di sini, Sabtu lalu, lapor AFP.
Insiden membabitkan pengarah filem Heat dan Collateral itu disahkan menerusi kenyataan wakilnya yang memaklumkan Mann, 83, mengalami kecederaan cetek dan sudah menerima rawatan.
"Pada Sabtu, ketika berada di lapang sasar, senjata api yang sedang berada dalam sarungnya secara tidak sengaja meletup, menyebabkan kecederaan cetek kepada pengarah filem Michael Mann.
"Beliau sudah menerima rawatan dan akan dibenarkan pulang," menurut kenyataan itu.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F09%2F141aa7c01372a972e3ae8fcd980c28ef.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)