George Town: Kerajaan Pulau Pinang sedang meneliti cadangan pembinaan jambatan sebagai alternatif kepada terowong dasar laut bagi Pakej Keempat Laluan Ketiga Pulau Pinang menerusi kajian penjajaran semula projek berkenaan.
EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan pelaksanaan kajian penjajaran semula dengan menggunakan konsep reka bentuk jambatan berdasarkan hasil kajian kebolehlaksanaan projek itu.
Beliau berkata, kajian berkenaan mengambil kira perancangan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang serta keperluan mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Gurney Bay dan sekitarnya.
"Cadangan penjajaran semula ini membabitkan peralihan laluan ke arah utara bagi memastikan kesesuaian dengan perancangan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang di samping mengelakkan gangguan terhadap operasi pelabuhan dan laluan navigasi kapal.









