KUALA LUMPUR: Biarpun kebangkitannya pada tahun 2026 ini hadir tanpa sebarang perancangan rapi, ia tetap menjadi lembaran paling bermakna buat Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.
Bagaimanapun, Noraniza, 58, atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata, pada April lalu dia pernah merancang untuk mengeluarkan single, namun ia perlu ditangguhkan kerana sedang melalui proses pemulihan daripada pembedahan bariatrik.
"Saya sendiri tidak pernah menyusun semua perkara ini supaya berlaku serentak. Semuanya datang secara tidak dirancang.
"Pada asalnya, saya memang merancang untuk melancarkan single pada bulan April. Tetapi disebabkan melalui proses pemulihan, pelancaran itu terpaksa ditangguhkan.






