KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dua siri syiling peringatan edisi terhad sempena ulang tahun ke-120 Jabatan Audit Negara (JAN120) dan ulang tahun ke-75 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP75).
BNM dalam kenyataan berkata, setiap siri merangkumi syiling perak sterling pruf berwarna dengan ketulenan 92.5 peratus, berat 31 gram dan nilai muka RM10.
Syiling perak itu dijual pada harga RM418 setiap satu, dengan jumlah tempaan terhad kepada 1,000 keping bagi setiap siri.
Kedua-dua siri turut ditawarkan sebagai syiling emas Nordik Brilliant Uncirculated (BU), diperbuat daripada kuprum dan logam lain, dengan berat 8.5 gram serta nilai muka RM1.






