KUALA LUMPUR: Prestasi calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Bukit Katil, Adly Zahari sebagai ketua menteri sebelum ini, dilihat tidak akan menjadi kayu ukuran untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.
Penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana pengundi lebih melihat keupayaan parti sebagai aspek yang lebih penting dan menarik minat berbanding prestasi seseorang calon.
Katanya, jika ada yang mengatakan Adly banyak dikritik selama tempoh dua tahun menjadi ketua menteri, itu tidak akan dikatakan menjadi penyebab mengapa PH tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri.
"Prestasi Adly sebagai Ketua Menteri Melaka sebelum ini tidak akan menjadi kayu ukuran kerana pengundi melihat parti sebagai lebih penting berbanding individu terbabit.






