Pengerusi PH Melaka Adly Zahari akan dinamakan sbagai calon ketua menteri sekiranya PH memenangi PRN Melaka.PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon ketua menteri sekiranya gabungan itu memenangi PRN Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari, berkata Adly ialah calon yang terbaik daripada beberapa nama, setakat ini.

"Setakat ini, Adly calon ketua menteri menerusi persefahaman jika kita dapat majoriti atau diberi kepercayaan," katanya lapor Berita Harian.

Sementara itu, Amirudin berkata PH akan mengumumkan manifesto 'Rumah Kita' dalam tempoh tiga hari lagi.