KAJANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari akan dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan politik memperoleh kemenangan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata meskipun pihaknya ada beberapa calon lain, namun Adly disifatkan calon yang terbaik.
"Setakat ini, Adly calon Ketua Menteri menerusi persefahaman jika kita dapat majoriti atau diberi kepercayaan (dalam PRN Melaka).
"Setakat semalam, masih terlalu awal untuk melihat suasana. Namun, kita yakin kita boleh memberikan saingan sengit kali ini, insya-Allah," katanya.








