KAJANG: Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka adalah calon terbaik untuk menerajui pentadbiran negeri.

“Adly ialah calon terbaik (Ketua Menteri) dan beberapa yang lainlah tetapi setakat ini, Adly ialah konsensus untuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri kalau kita mendapat majoriti atau pun diberi kepercayaan,” katanya.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.