GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah merujuk dakwaan fitnah yang mengaitkan dirinya dengan kelulusan projek pembangunan berdekatan kawasan tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong kepada peguamnya untuk tindakan perundangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata dakwaan berkenaan adalah fitnah berniat jahat kerana kelulusan projek terbabit diberikan pada 2023 dan 2024 selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.

Katanya, dakwaan projek itu diluluskan ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang daripada 2008 hingga 2018 adalah tidak benar dan sengaja ingin menimbulkan kemarahan awam ke atas dirinya.

"Ada seorang penduduk di situ yang tahu saya tidak ada kaitan dengan projek ini sudah menghantar gambar papan tanda projek yang jelas menunjukkan pelan kebenaran merancang diluluskan pada 2023, pelan kerja tanah dan pelan bangunan diluluskan pada 2024.