Kuala Lumpur: Kebergantungan syarikat terhadap pekerja asing yang semakin kritikal perlu ditangani segera dengan mengehadkan pengambilan tenaga kerja dari luar negara kepada pekerjaan kategori berbahaya, sukar dan kotor (3D).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, syarikat perlu menghentikan kebergantungan berterusan terhadap pekerja asing sebaliknya memberi keutamaan kepada tenaga kerja tempatan terutama bagi sektor yang tidak memerlukan kepakaran khusus.
Beliau berkata, negara menyasarkan komposisi tenaga kerja sebanyak 80 peratus pekerja tempatan dan 20 peratus pekerja asing, namun keadaan semasa menunjukkan situasi sebaliknya.
"Kebanyakan syarikat yang beroperasi di Malaysia begitu lama, 10 hingga 20 tahun, terbawa-bawa kebergantungan kepada pekerja asing. Ini adalah masalah yang sangat kritikal untuk kita uruskan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fexplainsikit1sde_125236.png&w=480&output=webp&q=85&we)