Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani berkata, syarikat yang beroperasi 10 hingga 20 tahun di Malaysia masih bergantung kepada tenaga kerja asing meskipun negara lahirkan lebih 400,000 pelajar dan graduan TVET yang mampu mengisi pekerjaan tersebut. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sesetengah syarikat membayar gaji graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tempatan pada kadar sama seperti pekerja asing, sekali gus menjejaskan usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menceburi pekerjaan yang kini dilakukan pekerja migran, kata Johari Ghani.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, sesetengah syarikat turut menempatkan pekerja tempatan di penginapan yang dikhaskan untuk pekerja asing, menyebabkan graduan berkenaan terpaksa membayar sewa untuk tinggal di luar kawasan yang ditetapkan.






