Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata tindakan rampasan diambil susulan peningkatan trend pembekalan dan pembelian ubat-ubatan glucagon-like peptide-1 receptor agonist tanpa pemantauan klinikal dan kawalan sah pihak berkuasa.KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merampas pelbagai ubat kawalan berat badan dan anti diabetes tidak berdaftar termasuk ubat percubaan Retatrutide serta produk tular Ozempic bernilai lebih RM400,000 yang dijual secara haram dalam talian bagi tempoh 2025 hingga September lepas.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata tindakan itu diambil susulan peningkatan trend pembekalan dan pembelian ubat-ubatan glucagon-like peptide-1 receptor agonist (GLP-1 RA) tanpa pemantauan klinikal dan kawalan sah pihak berkuasa.