Dzulkefly berkata buat masa ini tiada peruntukan khusus bagi rawatan ubat GLP-1 seperti Ozempic, Tirzepatide dan Mounjaro.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merampas pelbagai ubat kawalan berat badan dan anti diabetes tidak berdaftar termasuk ubat percubaan Retatrutide serta produk tular Ozempic bernilai lebih RM400,000 yang dijual secara haram dalam talian bagi tempoh 2025 hingga September lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan itu diambil susulan peningkatan trend pembekalan dan pembelian ubat-ubatan glucagon-like peptide-1 receptor agonist (GLP-1 RA) tanpa pemantauan klinikal dan kawalan sah pihak berkuasa.
“Bagi tempoh 2025 sehingga September 2026, sebanyak 12 serbuan berkaitan Retatrutide telah dilaksanakan secara rampasan 697 unit melibatkan RM341,000. Retatrutide adalah satu yang saya kira belum lagi dalam formulari kami.










