Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee berkata CSA lazimnya dimeterai kerajaan minoriti yang tiada sokongan majoriti diperlukan bagi meluluskan rang undang-undang di Parlimen.KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) antara tujuh Ahli Parlimen pembangkang dengan Putrajaya kerana ia tidak perlu memandangkan blok kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ronald Kiandee (PN-Beluran) berkata, kerajaan mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang, termasuk pindaan Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

Naib presiden Bersatu yang digantung keahliannya berkata, CSA lazimnya dimeterai kerajaan minoriti yang tiada sokongan mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang.