MELAKA – Pakatan Harapan (PH) akan melakukan penilaian semula terhadap beberapa projek terbengkalai di negeri ini, termasuk operasi perkhidmatan Monorel, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, sebagai antara usaha menguruskan dana awam dengan baik.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, langkah itu penting kerana rakyat berhak mengetahui berapa banyak wang sudah dibelanjakan bagi setiap projek, ke mana wang itu disalurkan dan siapa bertanggungjawab memulihkan projek berkenaan.

“Contohnya Monorel, sejumlah RM16.5 juta wang telah dibelanjakan sebelum ini untuk projek itu (yang telah dihentikan operasi sejak 2020) jadi raky