KUALA LUMPUR – Selesa menyerahkan urusan kewangan kepada ibu, penyanyi Iman Troye menganggap segala rezeki yang dimiliki hari ini merupakan berkat pengorbanan kedua-dua orang tuanya.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 24, berkata, sejak mula bekerja pada usia 16 tahun, ibunya yang diamanahkan menguruskan pendapatan serta perbelanjaannya sehingga ke hari ini.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat atas kehendak sendiri kerana menyedari diri juga mempunyai kecenderungan untuk berbelanja mengikut kehendak jika tidak dikawal.









