KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 November bagi keputusan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung semakan kehakiman baharu yang difailkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock bagi mendapat perintah bahawa kematiannya sebagai kes pembunuhan.
Hakim Norliza Othman menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Persekutuan, Mohammad Salehuddin Md Ali yang mewakli kerajaan dan peguam Lim Wei Jiet yang bertindak mewakili keluarga Beng Hock.
Dalam permohonan semakan kehakiman itu, pemohon-pemohon terdiri daripada Teoh Meng Kee (abang mendiang), Teoh Leong Hwee (bapa) dan Teng Shuw Hoi (ibu).
Mereka menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden-responden








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F08%2F57707776d8a0b85913b7e42bc767a761.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
