BANGKOK – Pihak berkuasa merampas 32,400 butir peluru raifal tempur berkaliber 7.62 milimeter (mm) dan menahan empat warga Thailand serta seorang rakyat Kemboja di atas sebuah bot laju di muara sebuah terusan di wilayah Chanthaburi kelmarin, lapor akhbar Bangkok Post.
Chanthaburi terletak di timur Thailand dan bersempadan dengan Kemboja.
Sumber yang tidak didedahkan memaklumkan bahawa polis mula menjejaki bot laju tersebut di sepanjang Sungai Welu, Chanthaburi pada pukul 6.27 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.
Pukul 9.55 malam hari yang sama, bot suspek berhenti di perairan Trat dan maklumat menyatakan, beberapa objek berat telah dimuatkan ke atas bot itu.









