PETALING JAYA – “Kawan-kawan, ini Kuala Lumpur. Semuanya okey ke?”
Itu reaksi seorang lelaki selepas berkongsi video yang memaparkan kejadian petir ‘bertalu-talu’ di ibu negara, hari ini.
Hantaran oleh @Nigerlim_ di media sosial itu mengundang perhatian apabila video berkenaan menunjukkan keadaan cuaca mendung dan hujan dengan bunyi dentuman petir berulang kali dalam tempoh singkat.
Hantaran itu meraih perhatian orang ramai, malah ada yang menyuarakan kebimbangan berkemungkinan banjir kilat di sekitar ibu negara disebabkan cuaca buruk berkenaan.









