KUALA LUMPUR – Sebanyak 697 unit produk retatrutide bernilai RM341,000 dirampas Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi 12 serbuan yang dijalankan sepanjang 2025 hingga September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, retatrutide merupakan ubat dalam kumpulan GLP-1 yang masih belum dimasukkan dalam formulasi KKM.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi turut mengesan penjualan ubat seperti Ozempic dan semaglutide secara tidak sah sehingga membawa kepada beberapa tindakan serbuan dan rampasan.

“Bagi tempoh 2025 hingga September 2026, sebanyak tujuh serbuan berkaitan produk berkenaan dilaksanakan dengan rampasan 62 unit