KUALA LUMPUR – Tidak lagi berdepan kecaman, penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa syukur apabila namanya kembali menerima perhatian positif, malah menganggap sokongan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai antara perkara paling bermakna dalam perjalanan seninya.
Ujar Noraniza, 55, dia berterima kasih kepada Siti kerana membantu menjawab persoalan berpanjangan peminat, selain membuka ruang untuk mereka kembali berkongsi pentas selepas dua dekad tidak membuat persembahan bersama.
“Sejujurnya, saya agak risau untuk bercakap mengenai perkara ini. Namun, saya berterima kasih kepada Siti kerana membantu menjawab persoalan orang ramai mengenai diri saya, selepas sekian lama mereka tertanya-tanya.








