PEKAN – Wakaf Pahang akan melaksanakan gerakan secara besar-besaran bagi membudayakan amalan berwakaf antaranya melalui sumbangan secara konsisten sebanyak RM5 sebulan melibatkan pekerja muslim.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP), Dr. Mohd Azmi Othman berkata, potensi untuk memperluas budaya berwakaf melalui potongan gaji bulanan amat besar sekiranya mendapat kerjasama penuh daripada majikan.

“Seandainya 579,500 tenaga kerja Muslim menyertai kempen potongan gaji RM5 sebulan, potensi kutipan yang boleh dijana untuk 47 projek sedia ada boleh diselesai dalam tempoh dua tahun.

“Melangkah ke hadapan, Wakaf Pahang perlu memperluas penyertaan masyarakat melalui pendekatan wakaf secara bersasar, mudah dan inklusif,”katanya pada Majlis Perasmian Seminar Wakaf Irsod yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Ha