DHAKA – Beribu-ribu pekerja pakaian Bangladesh menyekat sebuah lebuh raya utama dan bertempur dengan polis hari ini dengan mereka menuntut gaji minimum bulanan lebih dua kali ganda gaji semasa, ketika tunjuk perasaan semakin meluas di seluruh pusat perindustrian.

Bangladesh merupakan pengekspot pakaian kedua terbesar di dunia di belakang China dan mengeluarkan pakaian untuk beberapa jenama antarabangsa terbesar.

Ratusan pekerja di Gazipur, utara Dhaka, menyekat lebuh raya Dhaka-Tangail sambil merosakkan beberapa kenderaan, manakala kumpulan-kumpulan besar turun ke jalanan di daerah Mirpur, di mana polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan menembak gas pemedih mata, kata wartawan AFP.

Protes itu berlaku walaupun kerajaan mengumumkan semalam bahawa pihaknya akan menubuhkan lembaga gaji untuk menyemak semula gaji minimum dalam industri pakaian y