Itu ungkapan Hasya Fahira Zulkifli, 11, ketika mengucup jenazah ibu bapanya, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, dan Mohd Hardi Mohd Husin, 46, yang maut susulan kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan tar di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, di sini, semalam.
Ungkapan itu mengundang linangan air mata dalam kalangan ahli keluarga terdekat yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada pasangan berkenaan.
Adik kepada arwah Mohd Hardi, Muhamad Ihsan, 30, berkata, petang semalam, dia bertemu Hasya Fahira dan adiknya, Muhammad Adam, 8, untuk memaklumkan bahawa ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.
"Pada mulanya hati saya berat untuk memberitahu mereka kerana bukan seorang, tetapi kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. Mereka sudah menjadi yatim piatu ketika masih kecil, seorang darjah dua dan seorang lagi darjah lima.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fexplainsikit1sde_125236.png&w=480&output=webp&q=85&we)