KOTA BHARU – Tanah rizab Kerajaan Negeri Kelantan akan habis sekiranya membenarkan penduduk membina rumah secara haram tanpa kebenaran, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata, perkara itu salah disisi undang-undang dan sekiranya ia berlaku, pentadbiran negeri akan menjadi huru-hara.

“Sebenarnya, rumah yang dibina di atas tanah rizab kerajaan tanpa kebenaran itu sebenarnya salah dari segi undang-undang begitu. Selagi tidak ada pemilikan ataupun tidak ada kebenaran, kita tak boleh.

“Jadi kalau kita nak membantu orang yang melakukan kesalahan dari segi undang-undangnya memang tidak bolehlah. Jadi kalau Yang Berhormat nak bantu juga, itu pandai