KABUL: Polis menggagalkan cubaan pemerdagangan manusia apabila menyelamatkan 57 individu di wilayah Nimroz, barat Afghanistan, pada Sabtu lalu, menurut laporan Xinhua.

Jurucakap polis wilayah itu, Mawlawi Gul Mohammad Qudrat, semalam berkata sekumpulan individu terbabit pemerdagangan manusia cuba membawa 57 orang berkenaan keluar dari negara ini secara haram melalui Nimroz, namun berjaya dikesan dan digagalkan oleh polis.

Qudrat tidak memaklumkan sama ada terdapat sebarang tangkapan, namun menyatakan polis turut merampas lima kenderaan yang digunakan untuk mengangkut individu berkenaan.

Sebelum ini, polis melaporkan 127 individu berjaya diselamatkan daripada kumpulan disyaki terbabit pemerdagangan manusia di wilayah sama pada Rabu lalu.