Kota Bharu: Kerajaan Kelantan membaik pulih 1,034 rumah golongan miskin dan kurang berkemampuan bagi tempoh 2024 hingga tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia menerusi Program Bantuan Rumah Dhuafa yang membabitkan kos keseluruhan lebih RM10.8 juta.
"Menerusi jumlah berkenaan, pada 2024 sebanyak 473 rumah dibaik pulih dengan kos perbelanjaan RM5.04 juta.
"Manakala pada tahun lalu, jumlah bantuan meningkat kepada 561 rumah membabitkan kos RM5.8 juta.








