Kuala Selangor: Dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah agama swasta di Tanjong Karang, di sini, semalam, sebelum melarikan sejumlah wang tunai.
Dalam kejadian jam 5.45 pagi, suspek dikatakan menceroboh sebuah bilik di bangunan kedai yang menempatkan sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi, kelmarin.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai membabitkan dua lelaki yang identiti mereka masih belum dikenal pasti.









