KUALA SELANGOR: Dua lelaki dipercayai terbabit pecah masuk sekolah agama swasta di Tanjong Karang, di sini semalam, sebelum melarikan sejumlah wang tunai.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, suspek menceroboh bilik di bangunan kedai yang menempatkan sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi pada hari sama.
"Barang yang hilang setakat ini adalah wang tunai yang belum diketahui jumlahnya," katanya menerusi kenyataan hari ini.









